Saturday, November 19, 2022

 LAMPIRAN LAIN.








RUJUKAN






 9.0 KESIMPULAN


Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa jiran merupakan orang yang amat penting demi menjaga keselamatan dan kemakmuran kawasan sekitar perumahan. Rakyat perlulah memupuk semangat kejiranan tidak kira kelainan agama atau bangsa supaya tidak berlakunya kesan buruk atau perkara yang tidak diingini berlaku.Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh dihasilkan untuk mewujudkan semula suasana yang positif antara jiran.

Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ini akan menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya negara. Ibarat kata pepatah, ' Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.' Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarakat bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan semangat kejiranan tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan demi keamanan dan kedaimaian antara masyarakat.

لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286)

Selain itu, hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai aapa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama), yang mempunyai anak-anak, jiran dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anak-anak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka.

Oleh kerana itu dalam islam amat mementingkan hub8ngan kemanusiaan yang baik agara tidak berlakunya perselisihan faham antara jiran dan masyarakat.Jadi jelaslah bahawa pentingnya kepada kita peranan jiran demi kemakmuran negara, hanya dengan kemakmuran ini kita dapat hidup dengan aman dan damai serta pembangunan negara yang lebih maju dan terkawal.

 8.0  HIKMAH BERADAB DENGAN JIRAN


1. Kehidupan akan dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian. 
- Kita tidak mungkin akan mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.

2. Mengamalkan nilai murni dalam kalangan masyarakat.
- dapat menyatukan masyarakat ke arah kemajuan dan kehidupan yang lebih berkualiti Sebarang kata putus atau keputus an juga dapat diputuskan dengan adil dan saksama

3. Sifat individualistik dalam diri juga dapat dihakis.

4. Sebarang kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan cepat.
- Kes-kes seperti kecurian dan pecah rumah juga dapat dibendung sekir anya masy arakat mengetahui segala adab berjiran.

5. Beradab dengan setiap kejiranan.
- dapat meringankan segala kerja yang berat. Sebagai contoh, kerja-kerja seperti jamuan atau kenduri dapat dilaksanakan dengan muah sekirarya semua jiran menghulurkan bantuan.


 7.0  IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN






 6.0 HAK HAK JIRAN YANG WAJAR DIPELIHARA


 5.0  HAK- HAK JIRAN


Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Iman al-Ghazali dalam kitab “Arbain Nawawi”. Rasulullah SAW bersabda:

Tahukah kamu apakah hak jiran tetangga?”
(Al-Ghazali)


1. Jika ia meminta pertolongan daripada kamu, engkau akan menolongnya.

2.  Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

3.  Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

4.  Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya.

5.  Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

6.  Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

7.  Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.

8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.

9. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.

10. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya.

11. Jangan mengganggu perasaaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.



 4.0 KEPERLUAN DAN KEBAIKAN HIDUP BERJIRAN


1. Bantuan Ketika Kecemasan

Jiran merupakan orang yang lebih tahu dan dekat dengan kita jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti bencana atau musibah. sebagai contoh kebakaran, kecurian, kemalangan , kematian dan lain-lain. Pertolongan akan diberi secepat yang mungkin oleh jiran terdekat apabila diperlukan pada masa kecemasan, sementara menunggu pihak bantuan atau sanak saudara.

2. Memupuk perpaduan

Perpaduan antara kaum adalam amat penting untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara. Bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan kekal ia perlulah dengan memulakan hubungan yang baik sesama jiran dengan memupuk semengat perpaduan antara jiran tanpa melihat bangsa dan agama agar hidup lebih aman dan damai.

3. Menjaga kebajikan penduduk setempat

Jiran perlulah hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, bagi menjana aktiviti yang menyumbangkan kepada kebajikan masyarakat. Sebagai contoh cengan mengadakan gotong royong bersama sama kem motivasi bersama jiran, program sukaneka dan sebagainya. oleh itu, ia dapat menjadikan hubungan sesama jiran terjamin dan terpelihara.

Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran dan sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud: '' Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka.'' (Al- Syura : 38)

4. Menjaga keharmonian Masyarakat.

Perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Segala gejala sosial dapat dibendung jika jiran memainkan peranan penting bagi mencegah perkara ini terus berlaku di kalangan jiran. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan sekitar kawasan yang kita didiami

5. Menjamin keselamatan setempat

Jika jiran bersatu padu ia mampu untuk menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang acaman seperti kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Oleh itu, budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al-Maidah : 2)



 3.0 ADAB-ADAB KEJIRANAN


di dalam surah an- Nisa ayat 36, Allah berfirman


Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”

Di sini jelas kepentingan jiran yang perlu kita patuhi kerana martabat seorang jiran itu dibacakan sekali di dalam ayat berbuat baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga




Di dalam surah al-Maidah ayat 2, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Ini bertepatan dengan suruhan Allah untuk berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang membuat amal kebajikan dan ini termasuklah kepada jiran kita.

 2.0  PEMBAHAGIAN JIRAN


Islam  membahagikan jiran kepada bebrapa bahagian iaitu jiran beragama, Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisaa' ayat 36 iaitu:

Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh serta teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
                         
                       

1.0 DEFINISI JIRAN

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.






 PENGENALAN

Pada era globalisasi kini semnagat hidup berjiran yang telah diwarisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. jika semangat kejiranan dalam masyarakat teguh, masalah yang tidak diingini dapat dielakkan kerana teradapat jiran yang bertanggungjawab. selain itu, mereka juga akan turut membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.

Kita sebagai rakyat atau jiran yang prihatin haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan dikalangan manusia demi mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah 'bersatu kita teguh, bercerau kita roboh'. Di samping itu, kita kita juga hendaklah mengemalkan nilai keharmonian dan keamanan supaya dapat dinikmati oleh semua rakyat dan berusaha dalam menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




  LAMPIRAN LAIN. RUJUKAN 1.  https://konsepkejiranan2k19.blogspot.com/2019/01/konsep-kejiranan-dan-hak-hak-jiran.html?m=1 2.  http://sekutum...