Saturday, November 19, 2022

 PENGENALAN

Pada era globalisasi kini semnagat hidup berjiran yang telah diwarisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. jika semangat kejiranan dalam masyarakat teguh, masalah yang tidak diingini dapat dielakkan kerana teradapat jiran yang bertanggungjawab. selain itu, mereka juga akan turut membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.

Kita sebagai rakyat atau jiran yang prihatin haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan dikalangan manusia demi mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah 'bersatu kita teguh, bercerau kita roboh'. Di samping itu, kita kita juga hendaklah mengemalkan nilai keharmonian dan keamanan supaya dapat dinikmati oleh semua rakyat dan berusaha dalam menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




No comments:

Post a Comment

  LAMPIRAN LAIN. RUJUKAN 1.  https://konsepkejiranan2k19.blogspot.com/2019/01/konsep-kejiranan-dan-hak-hak-jiran.html?m=1 2.  http://sekutum...