Saturday, November 19, 2022

 9.0 KESIMPULAN


Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa jiran merupakan orang yang amat penting demi menjaga keselamatan dan kemakmuran kawasan sekitar perumahan. Rakyat perlulah memupuk semangat kejiranan tidak kira kelainan agama atau bangsa supaya tidak berlakunya kesan buruk atau perkara yang tidak diingini berlaku.Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh dihasilkan untuk mewujudkan semula suasana yang positif antara jiran.

Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ini akan menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya negara. Ibarat kata pepatah, ' Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.' Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarakat bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan semangat kejiranan tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan demi keamanan dan kedaimaian antara masyarakat.

لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286)

Selain itu, hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai aapa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama), yang mempunyai anak-anak, jiran dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anak-anak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka.

Oleh kerana itu dalam islam amat mementingkan hub8ngan kemanusiaan yang baik agara tidak berlakunya perselisihan faham antara jiran dan masyarakat.Jadi jelaslah bahawa pentingnya kepada kita peranan jiran demi kemakmuran negara, hanya dengan kemakmuran ini kita dapat hidup dengan aman dan damai serta pembangunan negara yang lebih maju dan terkawal.

No comments:

Post a Comment

  LAMPIRAN LAIN. RUJUKAN 1.  https://konsepkejiranan2k19.blogspot.com/2019/01/konsep-kejiranan-dan-hak-hak-jiran.html?m=1 2.  http://sekutum...