Saturday, November 19, 2022

 4.0 KEPERLUAN DAN KEBAIKAN HIDUP BERJIRAN


1. Bantuan Ketika Kecemasan

Jiran merupakan orang yang lebih tahu dan dekat dengan kita jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti bencana atau musibah. sebagai contoh kebakaran, kecurian, kemalangan , kematian dan lain-lain. Pertolongan akan diberi secepat yang mungkin oleh jiran terdekat apabila diperlukan pada masa kecemasan, sementara menunggu pihak bantuan atau sanak saudara.

2. Memupuk perpaduan

Perpaduan antara kaum adalam amat penting untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara. Bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan kekal ia perlulah dengan memulakan hubungan yang baik sesama jiran dengan memupuk semengat perpaduan antara jiran tanpa melihat bangsa dan agama agar hidup lebih aman dan damai.

3. Menjaga kebajikan penduduk setempat

Jiran perlulah hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, bagi menjana aktiviti yang menyumbangkan kepada kebajikan masyarakat. Sebagai contoh cengan mengadakan gotong royong bersama sama kem motivasi bersama jiran, program sukaneka dan sebagainya. oleh itu, ia dapat menjadikan hubungan sesama jiran terjamin dan terpelihara.

Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran dan sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud: '' Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka.'' (Al- Syura : 38)

4. Menjaga keharmonian Masyarakat.

Perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Segala gejala sosial dapat dibendung jika jiran memainkan peranan penting bagi mencegah perkara ini terus berlaku di kalangan jiran. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan sekitar kawasan yang kita didiami

5. Menjamin keselamatan setempat

Jika jiran bersatu padu ia mampu untuk menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang acaman seperti kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Oleh itu, budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al-Maidah : 2)



No comments:

Post a Comment

  LAMPIRAN LAIN. RUJUKAN 1.  https://konsepkejiranan2k19.blogspot.com/2019/01/konsep-kejiranan-dan-hak-hak-jiran.html?m=1 2.  http://sekutum...